Kamis, 03 November 2011

sejarah iedul adha

Al Quran : (37) Ash Shaaffaat : Ayat 99-108
Dan Ibrahim berkata:”Sesungguhnya aku  pergi menghadap kepada Tuhanku, dan Dia akan memberi petunjuk kepadaku. Ya Tuhanku, anugrahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh. Maka Kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar. Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!” Ia menjawab: “Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar”. Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya ). Dan Kami panggillah dia: “Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar. Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian (QS. 37:99-108)
Pada suatu hari Nabi Ibrahim a.s bermimpi, di dalam mimpinya tersebut Allah memerintahkan Nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, kemudian Nabi Ibrahim pun memberitahukan kepada isterinya yang bernama Siti Hajar.

Maka berceritralah Nabi Ibrahim, kepada Siti Hajar dan Ismail. lalu Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya bunga tidur semata tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” setelah mendengar kata-kata dari ibunya, Ismail lalu berkata kepada bapaknya, “Ayahku, sekiranya bila ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”

Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim yang hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai menjadi takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mau menyembelih anaknya sendiri. apabila kita biarkan perkara ini, maka nanti kitapun akan dibunuhnya.”

Walau apapun tuduhan atau sangkaan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap istiqomah dalam menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku pikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah haruslah ditutup. Kemudian ayah haruslah mengetahui arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Nabi Ibrahim pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.

Tetapi alangkah kagetnya setelah melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor biri-biri. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpelukan sambil bersyukur kepada Tuhan karena memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.

Sepeninggalan Nabi Ibrahim, yaitu sejak Siti Hajar melepaskan anaknya untuk disembelih oleh Nabi Ibrahim, dia sentiasa menangis. Fikirannya bertambah runsing disebabkan diganggu oleh syaitan laknat yang mengatakan kononnya Nabi Ibrahim telah gila dan sebagainya.

Pada suatu hari, dari jauh Siti Hajar mendengar suara takbir memuhi-muji nama Allah, semakin lama semakin dekat dan akhirnya dapatlah Siti Hajar kenali bahawa suara itu adalah suara anaknya Ismail dan suaminya Nabi Ibrahim. Maka dengan segera dia pergi mendapatkan anak dan suaminya sambil bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana telab memberi kekuatan kepadanya sehingga dia sanggup membenarkan anaknya untuk disembelih.

Siti Hajar menangis bukanlah disebabkan marah kepada Nabi Ibrahim tetapi hanyalah menangis seorang ibu terhadap anaknya memandangkan dia adalah seorang wanita yang taat kepada Allah dan tidak mudah digoda oleh syaitan.

0 komentar:

Posting Komentar